Manage PermissionsManage Permissions

PENUTUPAN SETENGAH HARI (SEBELAH PAGI) DI SEMUA CAWANGAN TAP PADA 29 JUN 2019

Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter pembayaran dan perkhidmatan di semua cawangan TAP akan ditutup setengah hari (sebelah pagi) pada hari Sabtu, 24 Syawal 1440H bersamaan 29 Jun 2019 bagi penyelenggaraan setengah tahun sistem TAP.

Perkhidmatan kaunter perkhidmatan di kesemua cawangan TAP akan kembali beroperasi seperti biasa mulai jam 1.30 petang sehingga 3.30 petang pada hari tersebut. Manakala, kaunter pembayaran kembali beroperasi pada hari isnin, 26 Syawal 1440H bersamaan 1 Julai 2019

Walaubagimanapun, kiosk e-Info TAP, Perkhidmatan online e-Amanah dan Pusat Panggilan TAP akan terus beroperasi seperti biasa pada hari tersebut. Bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), caruman bagi bulan Jun hendaklah dibuat sebelum 29 Jun 2019. Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang turut diberikan daripada pihak ahli TAP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di
ask@tap.com.bn.





Attachments