Manage PermissionsManage Permissions

Kadar Dividen untuk simpanan TAP dan SCP bagi Tahun Kewangan 2019-2020

Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini memaklumkan bahawa Lembaga Tabung Amanah Pekerja mengisytiharkan dividen simpanan TAP dan SCP untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2020 pada kadar 2.20%.

Dividen pada Tahun Kewangan 2019-2020 ini telahpun dikreditkan ke dalam akaun ahli-ahli TAP dan SCP pada Hari Ahad, 01 November 2020. Ahli boleh mendapatkan penyata akaun mereka dengan menggunakan perkhidmatan online TAP e-Amanah melalui www.tap.com.bn ataupun melalui Kiosk e-Info TAP.

Pada kadar 2.20% , jumlah pengagihan pendapatan sebanyak Enam Puluh Empat Juta, Tiga Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu, Lapan Ratus Tiga Puluh Enam Ringgit dan Satu Sen ($64,373,836.01) telah pun dikreditkan ke dalam 163,978 akaun ahli TAP dan sebanyak Dua Puluh Sembilan Juta, Enam Ribu, Enam Ratus Sembilan Puluh Empat Ringgit dan Tiga Puluh Sembilan Sen ($29,006,694.39) telah pun dikreditkan ke dalam 157,807 akaun ahli SCP bagi Tahun Kewangan 2019-2020.

Strategi pelaburan TAP adalah secara global dan dilaburkan mengikut alokasi aset strategik yang sedia ada dengan matlamat untuk menjana pulangan yang stabil bagi dana TAP. Pencapaian dana setiap tahun adalah tertakluk kepada keadaan pasaran global yang mempunyai beberapa risiko seperti turun naik pasaran saham, kadar faedah, risiko kredit dan pasaran matawang asing.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan online e-Amanah bagi ahli-ahli TAP, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja ataupun melalui emel di ask@tap.com.bn

Attachments