Baki simpanan Ahli TAP yang telah mencapai usia 80 tahun

Pihak Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memohon kerjasama bagi Ahli-Ahli TAP yang tersenarai supaya akan dapat hadir ke mana-mana cawangan TAP yang terdekat untuk membuat permohonan pengeluaran baki simpanan dengan sesegeranya dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli
  2. Salinan Buku Bank atau Penyata Bank Ahli

Bagi ahli yang telah meninggal dunia, waris bolehlah membuat tuntutan ke TAP dengan menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli (jika ada);
  2. Asal & Salinan Sijil Kematian Ahli;
  3. Asal & Salinan Surat Pentadbir Pusaka;
  4. Asal & Salinan Kad Pengenalan Pentadbir Pusaka; dan
  5. Maklumat Bank Akaun Pentadbir Pusaka.
Attachments