Pihak Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memohon kerjasama bagi Ahli-Ahli TAP yang tersenarai supaya akan dapat hadir ke mana-mana cawangan TAP yang terdekat untuk membuat permohonan pengeluaran baki simpanan dengan sesegeranya dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Ahli
- Salinan Buku Bank atau Penyata Bank Ahli
Bagi ahli yang telah meninggal dunia, waris bolehlah membuat tuntutan ke TAP dengan menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Ahli (jika ada);
- Asal & Salinan Sijil Kematian Ahli;
- Asal & Salinan Surat Pentadbir Pusaka;
- Asal & Salinan Kad Pengenalan Pentadbir Pusaka; dan
- Maklumat Bank Akaun Pentadbir Pusaka.