Manage PermissionsManage Permissions

Sesi Perancangan Persaraan TAP bersama Jabatan Pengajian Islam

JPI.png

Sabtu, 03 April 2021 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) pada hari ini telah mengadakan taklimat perancangan persaraan kepada pegawai dan Guru Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III dibawah Jabatan Pengajian Islam.

Taklimat telahpun disampaikan oleh wakil Unit Perkhidmatan Perancangan Persaraan TAP. Antara perkara yang disampaikan semasa taklimat adalah maklumat mengenai skim-skim dan perkhidmatan dibawah Tabung Amanah Pekerja dan penerangan khusus mengenai perancangan persaraan serta kepentingnannya. TAP juga mengongsikan faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah matlamat gayahidup yang ingin dijalani semasa bersara, impak inflasi keatas perbelanjaan, pendapatan persaraan yang diperlukan untuk keperluan seharian semasa bersara,  dan yang paling penting adalah tindakan yang perlu diambil sekarang bagi memastikan matlamat kehidupan persaraan yang selesa dapat dikecapi.

Disamping itu, TAP turut menerangkan mengenai aplikasi mudah alih ”TAP Brunei” di mana ahli boleh membuat perkiraan anggaran simpanan TAP dan SCP mereka setelah bersara nanti dan juga perkiraan anggaran simpanan tambahan yang perlu dibuat dari sekarang bagi mencapai pendapatan persaraan yang diperlukan semasa bersara.

Turut dikongsikan semasa taklimat berkenaan adalah mengenai Caruman Sukarela. Ahli-ahli TAP yang ingin meningkatkan lagi jumlah simpanan TAP dan SCP semasa mencapai umur persaraan boleh mencarum lebih daripada kadar mandatori yang ditetapkan secara sukarela dan ia boleh dibuat melalui perbankan dalam talian.

 

Orang ramai khususnya ahli-ahli TAP yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai dengan skim-skim dan perkhidmatan TAP boleh lah melayari laman sesawang www.tap.com.bn ataupun dengan menghubungi TAP di talian 2382800 / 2382929 atau melalui emel di ask@tap.com.bn.
Attachments