Manage PermissionsManage Permissions

Kadar Dividen untuk Simpanan TAP dan SCP bagi Tahun Kewangan 2020-2021

Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini memaklumkan bahawa Lembaga Tabung Amanah Pekerja mengisytiharkan dividen simpanan TAP dan SCP untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 pada kadar 2.50%.

Dividen pada Tahun Kewangan 2020-2021 ini telahpun dikreditkan ke dalam akaun ahli-ahli TAP dan SCP pada Hari Ahad, 06 Jun 2021. Ahli boleh mendapatkan penyata akaun mereka dengan menggunakan perkhidmatan online TAP e-Amanah melalui www.tap.com.bn ataupun melalui Kiosk e-Info TAP.

Pada kadar 2.50% , jumlah pengagihan pendapatan sebanyak Tujuh Puluh Tujuh Juta, Seratus Dua Puluh Lapan Ribu, Seratus Empat Puluh dan Enam Puluh Lapan Sen  ($77,128,140.68) telah pun dikreditkan ke dalam 170,976 akaun ahli TAP dan sebanyak Tiga Puluh Enam Juta, Dua Ratus Lima Puluh Sembilan, Tujuh Ratus Dua Puluh Satu dan Lima Puluh Tiga Sen ($36,259,721.53) telah pun dikreditkan ke dalam 164,983 akaun ahli SCP bagi Tahun Kewangan 2020-2021.

Strategi pelaburan TAP adalah secara global dan dilaburkan mengikut alokasi aset strategik yang sedia ada dengan matlamat untuk menjana pulangan yang stabil bagi dana TAP. Pencapaian dana setiap tahun adalah tertakluk kepada keadaan pasaran global yang mempunyai beberapa risiko seperti turun naik pasaran saham, kadar faedah, risiko kredit dan pasaran matawang asing.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan online e-Amanah bagi ahli-ahli TAP, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja ataupun melalui emel di ask@tap.com.bn

Attachments