Manage PermissionsManage Permissions

Pemberitahuan TAP: PENUTUPAN SEMENTARA KESEMUA CAWANGAN TAP

Ahli-Ahli TAP dan Majikan yang dihormati,

Merujuk perkembangan situasi terkini berkaitan penyebaran jangkitan COVID-19, pihak Tabung Amanah Pekerja (TAP) mengambil langkah tambahan untuk melindungi Ahli TAP, Majikan serta Pegawai dan Kakitangannya dengan mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan (BCP) dan prosedur Bekerja dari Rumah.

Dalam hubungan ini, operasi kesemua cawangan-cawangan TAP akan ditutup sementara waktu mulai 09 Ogos 2021 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Walaubagaimanapun perkhidmatan-perkhidmatan akan terus diberikan melalui kaedah dan tatacara yang terhad seperti berikut:

 

PerkhidmatanTatacara
Pendaftaran

1. Pendaftaran Majikan 2. Pendaftaran Ahli

3. Pengemaskinian Maklumat

  • Menggunakan perkhidmatan online e-Amanah melalui laman sesawang www.tap.com.bn
Pembayaran

Pembayaran Caruman Mandatori

(Majikan)

  • Pembayaran secara online dengan memuat naik butiran pembayaran di dalam akaun e-Amanah Majikan
  • Membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih bank dengan memasukkan rujukan nombor akaun majikan dan bulan caruman pembayaran berkenaan
  • Resit pembayaran yang diimbas dimuatnaik ke dalam akaun e-Amanah Majikan

Pembayaran Kebelakangan /

Pembayaran lewat caruman

(Majikan)

  • Membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih bank dengan memasukkan rujukan nombor akaun majikan dan bulan caruman pembayaran berkenaan
  • Resit pembayaran yang diimbas diemelkan ke alamat payments@tap.com.bn
Pembayaran Caruman Sukarela bagi Skim TAP, Skim SCP, Skim SCP Bekerja Sendiri dan Skim STP
  • Membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih bank dengan memasukkan rujukan nombor akaun ahli dan bulan caruman pembayaran berkenaan
  • Status pembayaran boleh disemak di akaun e-Amanah ahli.
Permohonan Pengeluaran

Permohonan Pengeluaran

Skim TAP, SCP & STP

  • Muat turun borang pengeluaran dari e-Amanah di www.tap.com.bn.
  • Isikan borang dengan lengkap beserta dokumen sokongan

ATAU

  • Hantar ke Drop -off Box di Cawangan-Cawangan TAP berdekatan
Pertanyaan Umum
  • Pusat Panggilan TAP: 2382800
  • Telefon Ibu Pejabat: 2382929
  • Telefon Cawangan: Tutong (4260651), Belait (3341393), Temburong (5221927)
  • WhatsApp sahaja: Penguatkuasaan (8998290), Pendaftaran (7362923), Pengeluaran (7362922).
  • Emel: ask@tap.com.bn
  • Facebook: Tabung Amanah Pekerja (TAP)

 

Tatacara terperinci bagi perkhidmatan-perkhidmatan di atas boleh didapati di laman sesawang TAP di www.tap.com.bn.

Disamping itu juga, TAP ingin menasihatkan kepada Ahli-Ahli dan Majikan TAP agar dapat mematuhi tatacara/nasihat daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP akan sentiasa memantau situasi terkini berkaitan penyebaran jangkitan ini. Untuk maklumat atau pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800/ 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.

Attachments