Baki Skim TAP, Skim SCP & Skim Tabungan Perumahan yang belum dituntut

​Pihak Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memohon kerjasama dari Ahli-Ahli yang pernah membuat pengeluaran penuh Skim TAP/ Skim SCP/ Skim Tabungan Perumahan (STP) dan juga waris-waris Ahli Skim TAP/ Skim SCP/ Skim Tabungan Perumahan supaya akan dapat hadir ke Cawangan yang berdekatan untuk membuat permohonan pengeluaran dengan menghadapkan dokumen-dokumen seperti berikut:

Dokumen yang diperlukan bagi Ahli:

1.) Borang yang lengkap diisikan;
2.) Salinan Kad Pengenalan Ahli; dan
3.) Salinan Buku Bank atau Penyata Bank Ahli.

Bagi ahli yang telah meninggal dunia, waris bolehlah membuat tuntutan ke TAP dengan menyertakan dokumen- dokumen seperti berikut:

1.) Borang yang lengkap diisikan;
2.) Salinan Kad Pengenalan Ahli (jika ada);
3.) Salinan Sijil Kematian Ahli;
4.) Salinan Surat Pentadbir Pusaka;
5.) Salinan Kad Pengenalan Pentadbir Pusaka;
6.) Salinan Maklumat Akaun Bank Pentadbir Pusaka; dan
7.) Salinan Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah (jika ada)

Kerjasama daripada Ahli-Ahli dan waris-waris Ahli TAP adalah sangat dihargai. 

Klik Sini
Attachments