Kadar Dividen untuk Simpanan TAP dan SCP bagi tahun Kewangan 2022-2023

‚ÄčTabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini memaklumkan bahawa Lembaga Tabung Amanah Pekerja telah mengisytiharkan dividen simpanan TAP dan SCP bagi tahun kewangan 2022-2023 yang berakhir pada 31hb Mac 2023 ialah pada kadar 2.50% dan telahpun dikreditkan ke dalam akaun ahli-ahli TAP dan SCP pada hari Ahad, 11hb Jun 2023.

Pada kadar 2.50%, jumlah pengagihan pendapatan sebanyak Lapan Puluh Enam Juta, Empat Puluh Tiga Ribu dan Enam Ratus dan Dua Puluh Enam Dan Satu Sen ($86,043,626.01) telah pun dikreditkan ke dalam 182,585 akaun ahli TAP dan sebanyak Empat Puluh Tiga Juta, Lima Ratus Empat Puluh Tujuh Ribu, Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ringgit Dan Tiga Puluh Tujuh Sen ($43,547,497.37) telah pun dikreditkan ke dalam 177,683 akaun ahli SCP bagi Tahun Kewangan 2022-2023.

Maklumat mengenai jumlah pulangan dividen yang telah dikreditkan ke dalam simpanan TAP dan SCP bolehlah diperolehi melalui perkhidmatan online e-Amanah bagi ahli yang telah berdaftar sebagai pengguna portal melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn ataupun melalui perkhidmatan kiosk e-Info TAP.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan online

e-Amanah bagi ahli-ahli TAP, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja ataupun melalui emel ask@tap.com.bn.

Attachments