Manage PermissionsManage Permissions

JERAYAWARA “10 YEARS TOWARDS RETIREMENT” TABUNG AMANAH PEKERJA

Rabu , 26 September 2018 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) dengan kerjasama  pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dan Persatuan Perancangan Kewangan Brunei Darussalam (FPAB) meneruskan lagi siri Jerayawara "10 Years Towards Retirement' bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Jalan Kebangsaaan Bandar Seri Begawan.

Jerayawara ini merupakan salah satu inisiatif TAP untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan persaraan sebelum tibanya hari persaraan nanti. Sasaran bagi jerayawayara ini adalah ahli-ahli TAP yang akan bersara di dalam tempoh 10 ke 15 tahun yang akan datang.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang jerayawara ini termasuklah taklimat mengenai perancangan persaraan dari TAP, taklimat dan konsultasi perancangan kewangan dari FPAB,  serta mendapatkan Laporan Kredit dari Biro Kredit dan kesedaran mengenai skim cepat kaya dari Unit Isu Pengguna Kewangan, keduanya disediakan oleh pihak AMBD.

Turut dikongsikan bahawa TAP menyediakan aplikasi mudah alih 'TAP_Brunei' yang boleh dimuat turun melalui App Store bagi pengguna iOS dan Google Play bagi pengguna Android atau melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn yang membolehkan ahli membuat anggaran perkiraan simpanan persaraan mereka. Aplikasi ini dihasratkan untuk membantu ahli merancang untuk persaraan dan membolehkan ahli mengambil tindakan yang sewajarnya sekarang demi mencapai matlamat yang ingin dikecapi semasa bersara nanti.

Manakala bagi ahli yang sudah berdaftar dalam perkhidmatan online e-Amanah, ahli juga boleh mendapatkan jumlah simpanan mereka dan memantau simpanan mereka pada bila-bila masa secara online.

Jerayawara ini merupakan siri ketiga dan akan diteruskan lagi bagi ahli-ahli TAP yang di dalam sasaran.  Ahli-ahli TAP yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai dengan jerayawara tersebut bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja ataupun melalui emel di ask@tap.com.bn.

Attachments