Manage PermissionsManage Permissions

PENUTUPAN SEMUA CAWANGAN TAP, PERKHIDMATAN ONLINE TAP, e-AMANAH DAN e-INFO KIOSK PADA 11 OKTOBER 2018

Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa TAP akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem TAP pada hari Khamis, 2 Safar 1440H bersamaan 11 Oktober 2018.

Sehubungan dengan itu, semua cawangan-cawangan TAP akan ditutup dan perkhidmatan online e-Amanah serta e-Info Kiosk tidak akan dapat diakses pada hari tersebut.

Cawangan Ibu Pejabat TAP dan perkhidmatan online e-Amanah serta e-Info Kiosk akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Jumaat, 3 Safar 1440H bersamaan 12 Oktober 2018. Manakala cawangan-cawangan TAP yang lain akan kembali beroperasi pada hari Sabtu, 4 Safar 1440H bersamaan 13 Oktober 2018.

Sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang turut diberikan daripada pihak ahli TAP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.


Attachments