Manage PermissionsManage Permissions

KADAR DIVIDEN UNTUK SIMPANAN TAP DAN SCP BAGI TAHUN KEWANGAN 2017-2018

Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini memaklumkan bahawa Lembaga Tabung Amanah Pekerja mengisytiharkan dividen simpanan TAP dan SCP untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018 pada kadar 2.5%

Dividen pada Tahun Kewangan 2017-2018 ini telahpun dikreditkan ke dalam akaun ahli-ahli TAP dan SCP pada Hari Khamis, 11 Oktober 2018. Ahli boleh mendapatkan penyata akaun mereka dengan menggunakan perkhidmatan online TAP e-Amanah melalui www.tap.com.bn ataupun melalui Kiosk e-Info TAP.

Pada kadar 2.5% , jumlah pengagihan pendapatan sebanyak Enam Puluh Lima Juta, Empat Ratus Dua Puluh Lima Ribu, Empat Puluh Dua Ringgit dan Dua Puluh Lima Sen ($65,425,042.25) telah pun dikreditkan ke dalam 151,535 akaun ahli TAP dan sebanyak Dua Puluh Enam Juta, Enam Ratus Lima Puluh Sembilan Ribu, Satu Ratus Sembilan Puluh Lapan Ringgit dan Dua Puluh Tiga Sen ($26,659,198.23) telah pun dikreditkan ke dalam 146,263 akaun ahli SCP bagi Tahun Kewangan 2017-2018.

Strategi pelaburan TAP adalah secara global dan dilaburkan mengikut alokasi aset strategik yang sedia ada dengan matlamat untuk menjana pulangan yang stabil bagi dana TAP. Pencapaian dana setiap tahun adalah tertakluk kepada keadaan pasaran global yang mempunyai beberapa risiko seperti turun naik pasaran saham, risiko kredit dan pasaran matawang asing.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan online
e-Amanah bagi ahli-ahli TAP, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja ataupun melalui emel di ask@tap.com.bn

Attachments