SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli yang telah disahkan tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja dalam sebarang pekerjaan oleh Lembaga Perubatan adalah dibolehkan untuk membuat pengeluaran penuh simpanan TAPnya.  

JUMLAH PENGELUARAN

Ahli boleh membuat pengeluaran sebanyak 100% dari simpanan TAP mereka.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1.     Borang pengeluaran TAP20 yang diisikan dengan lengkap

2.     Kad Pengenalan pemohon (Asal dan salinan)

3.     Butiran akaun bank pemohon (Asal dan salinan) dan

4.     Salinan surat berhenti bekerja (jika ada).

NOTA:

Mana-mana ahli yang didapati membuat keterangan atau permohonan palsu adalah menjadi kesalahan. Ahli akan dikehendaki untuk memulangkan jumlah penuh pengeluaran yang telah dibuat termasuk dividen, kos pentadbiran dan sebarang denda yang dikenakan ke atas individu.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Waris yang telah dilantik oleh Pejabat Waris.


SIAPAKAH YANG BOLEH MEMOHON?

Pengadu yang melaporkan ke TAP tentang kematian ahli. Pengadu adalah terdiri daripada ahli keluarga terdekat.


JUMLAH PENGELUARAN

Pemohon dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebanyak 100% dari simpanan TAP ahli yang meninggal.

Dokumen-Dokumen yang Diperlukan

Pengadu:

1.     Borang Permohonan Sebelum Penetapan Hak Waris yang telah diisikan dengan lengkap.

2.     Sijil kematian ahli. (Asal dan salinan)

3.     Kad pengenalan pengadu. (Asal dan salinan)

4.     Kad pengenalan ahli yang meninggal. (Asal dan salinan)


Waris:


Borang Permohonan Pengeluaran Hak Waris TAP22/SCP22 yang diisikan dengan lengkap.

1.     Salinan Surat Pentadbir Pusaka dari Pejabat Waris.

2.     Salinan Sijil Kematian ahli yang meninggal.

3.     Kad pengenalan ahli yang meninggal. (Asal dan salinan)

4.     Kad pengenalan Pewaris. (Asal dan salinan)

5.     Butiran akaun bank pewaris. (Asal dan salinan)

NOTA:

Pengadu dan pewaris yang dilantik hendaklah terdiri daripada individu yang berbeza.
Pewaris hanya berhak menerima simpanan ahli yang meninggal setelah mendapat Surat Penetapan Hak Waris dari Pejabat Waris.

TUJUAN

Pengeluaran ini adalah bertujuan untuk membenarkan ahli membeli atau membina rumah, atau membayar pinjaman bank untuk perumahan awda atau perumahan Kerajaan. Pengeluaran ini hanya membenarkan ahli menggunakan simpanan mereka untuk pemilikan rumah sendiri.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Keahlian TAP selama 10 tahun dengan sekurang-kurangnya 5 tahun (60 bulan) caruman yang aktif/secara berterusan atau mempunyai simpanan TAP minima sebanyak B$40,000.

JUMLAH PENGELUARAN

Jumlah pengeluaran adalah sehingga 45% dari simpanan pemohon dan tertakluk pada terma dan syarat.

Prosedur pengiraan bagi pengeluaran untuk:

1.      Pembinaan atau Pembelian

1.1.   20% dari harga pembelian atau kos pembinaan rumah tersebut 

(GERAN TANAH ADALAH DI BAWAH NAMA PEMOHON) 


ATAU


1.2.   10% dari harga pembelian atau kos pembinaan rumah yang berharga $150,000.00 KE ATAS 
(GERAN TANAH ADALAH DI BAWAH NAMA PEMOHON)

ATAU


1.3.   15% dari harga pembelian atau kos pembinaan rumah yang berharga $149,999.00 KE BAWAH.

(GERAN TANAH ADALAH DI BAWAH NAMA PEMOHON)

DAN

1.4.   45% dari simpanan TAP Ahli.

2.      Pinjaman tertunggak pada tarikh permohonan 

 2.1.   45% dari simpanan TAP Ahli.

JUMLAH PENGIRAAN YANG AKAN DILULUSKAN ADALAH BERGANTUNG PADA YANG RENDAH.

JUMLAH KESELURUHAN PENGELUARAN ADALAH BERGANTUNG PADA PROSEDUR DAN KEPERLUAN YANG DITETAPKAN OLEH AKTA AMANAH PEKERJA, PENGGAL 167 DAN ATURAN TAP.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Membina/Membeli Rumah (Di Darat):

1.      Salinan kad pengenalan Ahli

2.      Salinan Sijil Nikah

3.      Salinan Gaji terkini

4.      Salinan Geran Tanah atau Pelan Kedudukan Rumah

5.      Salinan Surat Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli

6.      Salinan Resit Pembayaran pendahuluan atau Surat Pengesahan jika tiada sebarang pembayaran

7.      Salinan Surat Kuasa Wakil (Jika geran tanah bukan atas nama pemohon)

8.      Salinan Lesen Kontraktor / Pembangun (16&17) atau Kad Pengenalan Penjual

9.      Salinan Perjanjian Pinjaman (Jika tidak membuat pinjaman perumahan, surat pengesahan diperlukan)

10.  Salinan Surat Kebenaran Pembinaan Rumah daripada Jabatan Bandaran atau Kementerian Pembangunan

Membina/Membeli Rmah (Kampong Ayer):

1.      Salinan kad pengenalan ahli

2.      Salinan Slip Gaji terkini

3.      Salinan Surat Pengesahan tukar milik rumah

4.      Salinan Pelan Kedudukan Rumah daripada Jabaran Daerah Brunei dan Muara

5.      Salinan kad pengenalan Penjual

6.      Salinan Surat Perjanjian Perjanjian Jual Beli

7.      Salinan Resit Pembayaran pendahuluan atau Surat Pengesahan jika tiada sebarang pembayaran

Baki Pembayaran (Skim Perumahan Negara):

1.      Salinan kad pengenalan ahli

2.      Salinan Slip Gaji terkini

3.      Salinan Surat Pengesahan memiliki rumah

4.      Salinan Surat Pengesahan pembayaran balik pinjaman perumahan dari Kementerian Pembangunan

5.      Salinan Surat Pengesahan Baki Perumahan

NOTA: Rumah tersebut hendaklah di bawah NAMA AHLI

Pembayaran Baki Pinjaman Perumahan:

1.      Salinan kad pengenalan ahli

2.      Salinan Geran Tanah

3.      Salinan Slip Gaji terkini

4.      Salinan Surat Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli

5.      Salinan Perjanjian Pinjaman Perumahan daripada Jabatan Perbendaharaan atau Bank

6.      Salinan Penyata Baki Pinjaman terkini

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli yang akan berhijrah ke luar negara dan menyerahkan kerakyatan Brunei Darussalam.

JUMLAH PENGELUARAN

Ahli boleh membuat pengeluaran sebanyak 100% dari simpanan TAP mereka.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1.     Borang Pengeluaran TAP26/SCP26 yang diisikan dengan lengkap.

2.     Salinan kad pengenalan (kerakyatan baru) atau Surat Pengesahan Kerakyatan Asing.

3.     Salinan kad pengenalan (kerakyatan Brunei) pemohon atau pasport.

4.     Salinan Deklarasi Penyerahan Kerakyatan.

5.     Butiran akaun bank atau butiran pemindahan telegraf ahli. (Asal dan salinan)

NOTA:

Mana-mana ahli yang didapati membuat keterangan atau permohonan palsu adalah menjadi kesalahan. Ahli akan dikehendaki untuk memulangkan jumlah penuh pengeluaran yang telah dibuat termasuk dividen, kos pentadbiran dan sebarang denda yang dikenakan ke atas individu.

​SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli yang telah mencapai umur 50 tahun.

JUMLAH PENGELUARAN

Ahli boleh membuat pengeluaran sebanyak 25% dari simpanan TAP mereka.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1.      Borang Pengeluaran TAP50 yang diisikan dengan lengkap.

2.      Kad pengenalan ahli. (Asal dan salinan)

3.      Butiran akaun bank ahli. (Asal dan salinan)

NOTA:

Jika ahli hanya mempunyai tahun kelahiran sahaja di dalam kad pengenalan, maka tarikh kelayakan adalah pada 31 Disember pada tahun Ahli mencapai umur 50 tahun. 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun.

JUMLAH PENGELUARAN

Ahli boleh membuat pengeluaran sebanyak 100% dari simpanan TAP mereka.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1.      Borang Pengeluaran TAP55 yang diisi dengan lengkap.

2.      Kad pengenalan ahli. (Asal dan salinan)

3.      Butiran akaun bank pemohon. (Asal dan salinan)

NOTA:

Jika ahli hanya mempunyai tahun kelahiran sahaja di dalam kad pengenalan, maka tarikh kelayakan adalah pada 31 Disember pada tahun Ahli mencapai umur 55 tahun.