SIAPAKAH INDIVIDU-INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI? 

  • Individu yang tidak mempunyai majikan
  • Individu yang tidak menerima pencen walaupun pernah menerimanya ketika bekerja di syarikat yang memberikan manfaat pencen
  • Individu yang memiliki perusahaan tetapi tidak mempunyai pekerja
  • Individu yang pernah bekerja dalam pekerjaan formal tetapi tidak lagi

NOTA: Individu yang melakukan sesuatu untuk menjana pendapatan.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1.      Berumur 18 – 60 tahun

2.      Rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam

3.      TIdak mempunyai pekerjaan formal yang ada kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja

4.      Tidak lagi bekerja dalam pekerjaan formal yang ada kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja

5.      Tidak menerima pencen dari mana-mana perkhidmatan skim pencen

6.      Menjana pendapatan dari perusahaan perniagaan sendiri samaada secara bulanan atau tidak

 

MANFAAT SKIM

Mana-mana individu yang bekerja sendiri yang memilih untuk membuat caruman sukarela sebanyak $17.50 ke TAP secara bulanan, Kerajaan Brunei akan memberikan 'bayaran padanan' (match-up) sebanyak $17.50.

Individu yang bekerja sendiri juga akan menerima pulangan dividen dari simpanan TAP mereka.

Jika individu ini meninggal sebelum mencapai umur 60 tahun, waris mereka akan menerima B$400.00 sebulan dari Dana Perlindungan Keberterusan, tertakluk pada terma dan syarat. (rujuk pada 'Manfaat SCP' di bawah 'SCP')