SKIM SCP


MANFAAT PEMBAYARAN BULANAN (ANUITI)

Ahli yang telah mencapai umur 60 tahun akan menerima pembayaran bulanan (anuiti) untuk tempoh 20 tahun.

Jumlah minima yang akan ahli terima adalah sebanyak B$150.00 sebulan jika ahli telah memenuhi syarat dengan mencarum sebanyak 7% sebulan secara berterusan untuk tempoh 35 tahun (420 bulan).


Bagi ahli yang telah mencapai umur 60 tahun dan memenuhi semua syarat bagi pencaruman sebanyak 7% untuk 420 bulan tetapi tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi membolehkan pembayaran minima B$150.00, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan menambah jumlah kekurangan ini bagi memastikan pengeluaran dengan jumlah minima B$150.00 sebulan boleh dilakukan.


Pelan Perlindungan Keberterusan

Pelan Perlindungan Keberterusan ialah pembayaran sebanyak B$400.00 sebulan yang diberikan kepada waris ahli (balu dan kanak-kanak di bawah umur 21 tahun) sekiranya ahli meninggal sebelum mencapai umur 60 tahun.


Syarat-Syarat Kelayakan

Ahli yang membuat pencaruman secara berterusan sehingga bulan sebelum bulan kematiannya. Tempoh pembayaran adalah selama 15 tahun dari tarikh kematian ahli.

Jika balu ahli meninggal atau bernikah semula, baki dari pelan perlindungan keberterusan itu akan dibayar kepada anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun.


Yang Tidak Berkelayakan

 Jika balu ahli meninggal atau bernikah semula atau jika anak-anak ahli meninggal atau telah bernikah (walaupun sebelum mencapai umur 21 tahun) atau anak-anak ahli telah mencapai umur 21 tahun sebelum mansuh tempoh 15 tahun, baki dari dana ini akan diagihkan kepada waris ahli yang berhak menerimanya mengikut hukum syara'. Jika ahli adalah bukan berugama Islam, pengagihan akan dilakukan mengikut wasiat ahli atau intestate succession.

Sekiranya ada perubahan pada status waris, waris hendaklah memaklumkan kepada TAP.


Manfaat SCP Derivatif

Apabila ahli meninggal, baki di dalam akaun SCP beliau akan dibayar kepada waris yang berhak secara lump-sum seperti yang telah ditetapkan mengikut surat yang diperolehi dari Pejabat Waris.