SKIM TAP

Siapakah yang wajib mendaftar?

- Rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam

- Berumur 55 tahun ke bawah

- Samaada menerima atau tidak menerima oencen

- Bekerja di dalam sector Kerajaan atau Swasta


Di bawah Akta Amanah Pekerja- mana-mana individu yang bekerja dan menerima gaji/pembayaran bagi pekerjaan yang dilakukan adalah dinamakan pekerja.

  • - Pekerja Tetap
  • - Pekerja Sementara
  • - Pekerja Kontrak
  • - Pekerja yang di dalam tempoh pekerjaan
  • - Pengarah yang menerima gaji

Berapakah kadar caruman untuk skim ini?

Kadar mandatori yang telah ditetapkan oleh Akta TAP ialah 5% dari gaji pekerja.

- Caruman tambahan 5% dari majikan

- Caruman hendaklah digenapkan ke ringgit yang teratas.


SKIM SCP


MANFAAT PEMBAYARAN BULANAN (ANUITI)

Ahli yang telah mencapai umur 60 tahun akan menerima pembayaran bulanan (anuiti) untuk tempoh 20 tahun.

Jumlah minima yang akan ahli terima adalah sebanyak B$150.00 sebulan jika ahli telah memenuhi syarat dengan mencarum sebanyak 7% sebulan secara berterusan untuk tempoh 35 tahun (420 bulan).


Bagi ahli yang telah mencapai umur 60 tahun dan memenuhi semua syarat bagi pencaruman sebanyak 7% untuk 420 bulan tetapi tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi membolehkan pembayaran minima B$150.00, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan menambah jumlah kekurangan ini bagi memastikan pengeluaran dengan jumlah minima B$150.00 sebulan boleh dilakukan.


Pelan Perlindungan Keberterusan

Pelan Perlindungan Keberterusan ialah pembayaran sebanyak B$400.00 sebulan yang diberikan kepada waris ahli (balu dan kanak-kanak di bawah umur 21 tahun) sekiranya ahli meninggal sebelum mencapai umur 60 tahun.


Syarat-Syarat Kelayakan

Ahli yang membuat pencaruman secara berterusan sehingga bulan sebelum bulan kematiannya. Tempoh pembayaran adalah selama 15 tahun dari tarikh kematian ahli.

Jika balu ahli meninggal atau bernikah semula, baki dari pelan perlindungan keberterusan itu akan dibayar kepada anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun.


Yang Tidak Berkelayakan

 Jika balu ahli meninggal atau bernikah semula atau jika anak-anak ahli meninggal atau telah bernikah (walaupun sebelum mencapai umur 21 tahun) atau anak-anak ahli telah mencapai umur 21 tahun sebelum mansuh tempoh 15 tahun, baki dari dana ini akan diagihkan kepada waris ahli yang berhak menerimanya mengikut hukum syara'. Jika ahli adalah bukan berugama Islam, pengagihan akan dilakukan mengikut wasiat ahli atau intestate succession.

Sekiranya ada perubahan pada status waris, waris hendaklah memaklumkan kepada TAP.


Manfaat SCP Derivatif

Apabila ahli meninggal, baki di dalam akaun SCP beliau akan dibayar kepada waris yang berhak secara lump-sum seperti yang telah ditetapkan mengikut surat yang diperolehi dari Pejabat Waris. 

SCP BEKERJA SENDIRI

SCP SE.png 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • - Berumur 18 – 60 tahun
  • - Rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam
  • - TIdak mempunyai pekerjaan formal yang ada kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja
  • - Tidak lagi bekerja dalam pekerjaan formal yang ada kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja
  • - Tidak menerima pencen dari mana-mana perkhidmatan skim pencen
  • - Menjana pendapatan dari perusahaan perniagaan sendiri samaada secara bulanan atau tidak


MANFAAT SKIM

- Mana-mana individu yang bekerja sendiri yang memilih untuk membuat caruman sukarela sebanyak $17.50 ke TAP secara bulanan, Kerajaan Brunei akan          memberikan 'bayaran padanan' (match-up) sebanyak $17.50.

- Individu yang bekerja sendiri juga akan menerima pulangan dividen dari simpanan TAP mereka.

- Jika individu ini meninggal sebelum mencapai umur 60 tahun, waris mereka akan menerima B$400.00 sebulan dari Dana Perlindungan Keberterusan, tertakluk pada terma dan syarat. (rujuk pada 'Manfaat SCP' di bawah 'SCP')

SKIM TABUNGAN PERUMAHAN


Petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15hb Julai 2012 di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman

"Satu Skim Tabungan Perumahan, diwujudkan khusus untuk ahli-ahli TAP rakyat Negara Brunei Darussalam. Keutamaan mengujudkan Skim ini ialah sebagai bantuan kepada ahli-ahli TAP yang berpendapatan rendah.

Skim sukarela atau voluntary ini, akan melayakkan peserta-pesertanya untuk menerima manfaat-manfaat tertentu, antaranya jaminan pemberian pulangan tahunan dengan kadar tertentu; dan bagi peserta yang pendapatan keluarganya (household income) tidak melebihi $4,000 sebulan, akan layak untuk dihulurkan bantuan Kerajaan berjumlah tidak melebihi $25,000."

 

Apakah objektif Skim Tabungan Perumahan ini?

Objektif bagi skim tabungan ini ialah untuk menggalakkan orang ramai, khususnya rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang merupakan ahli TAP, untuk memberikan keutamaan sewajarnya terhadap matlamat bagi memiliki rumah kediaman sendiri menurut kemampuan dengan mebudayakan sikap menabung.

 

Siapakah yang menjadi kumpulan sasaran Skim ini?

Kumpulan sasaran Skim ini ialah ahli-ahli TAP yang merupakan warga Negara Brunei Darussalam (pemegang Kad Pengenalan berwarna kuning) yang menerima pendapatan bulanan tidak melebihi B$2,000.00, atau pendapatan keluarga tidak melebihi B$4,000.00 sebulan (bagi pasangan suami dan isteri).

 

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan bulanan?

Pendapatan bulanan bagi Skim ini adalah mengikut definasi 'gaji' di dalam Akta TAP.

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Apakah syarat-syarat untuk meyertai Skim ini?

  1. Warga Negara Brunei Darussalam (pemegang Kad Pengenalan berwarna kuning)
  2. Berumur 55 tahun ke bawah
  3. Belum memiliki rumah sama ada bagi dirinya atau isterinya/suaminya
  4. Tidak menerima pencen bulanan dari perkhidmatannya dengan Kerajaan.

Bagaimanakah cara untuk menyertai Skim ini?

Ahli TAP yang telah memenuhi persyaratan untuk menyertai Skim ini bolehlah mendaftar melalui kaunter-kaunter TAP. Borang penyertaan iaitu Borang oendaftaran Skim Tabungan Perumahan (Borang TAP06) bolehlah dimuat turun dari laman sesawang TAP, www.tap.com.bn atau didapati dari mana-mana kaunter TAP.


CARUMAN

Berapakah kadar caruman bagi Skim ini?

Memandangkan Skim ini adalah secara sukarela sahaja, jumlah caruman bulanan adalah tertakluk kepada kemampuan peserta.

Adakah majikan perlu mencarum?

Memandangkan Skim ini adalah secara sukarela, maka tidak ada keperluan caruman daripada pihak majikan.

 

MANFAAT SKIM

Jaminan Kadar Dividen

Kerajaan akan memberikan jaminan kadar pulangan dividen sebanyak 3% setahun ke atas simpanan yang dibuat di Skim ini.

Jika kadar dividen TAP lebih rndah daripada kadar 3%, Kerajaan akan menghulurkan bantuan bagi menimbal apa jua kekurangan dividen yang diisytiharkan oleh TAP bagi tahun kewangan tersebut.

Manfaat ini hanya akan dihulurkan kepada peserta-peserta individu yang menerima gaji pokok tidak melebihi B$6,000.00 sebulan.


Bantuan Kewangan bagi Memiliki Rumah

Bantuan Kewangan di bawah Skim ini dikhususkan kepada peserta-peserta Skim yang menerima pendapatan tidak melebihi B$2,000.00 sebulan, atau tidak melebihi B$4,000.00 bagi yang berpendapatan keluarga secara purata dalam tempoh 24 bulan kebelakangan pada tarikh permohonan.


CARUMAN SUKARELA MELALUI KAUNTER-KAUNTER


TUJUAN

Ahli-ahli TAP adalah digalakkkan untuk mencarum lebih daripada kadar caruman mandatori yang telah ditetapkan (5% bagi TAP, 3,5% bagi SCP).


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli yang telah berdaftar ke TAP.


JUMLAH CARUMAN

Skim TAP

Minima: B$10.00

Maksimum: Tiada maksimum


Skim SCP

Minima: Tiada minima

Maksimum: Tiada maksimum


DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan asal kad pengenalan ahli.
  2. Borang slip deposit yang lengkap

NOTA:

Ahli-ahli tidak diwajibkan untuk membuat caruman secara bulanan. Pengeluaran simpanan adalah tertakluk pada terma dan syarat-syarat skim pengeluaran TAP dan SCP.