​SOALAN LAZIM


1. Bagaimana untuk mendapatkan penyata akaun TAP dan SCP saya?

Ahli boleh mendapatkan nombor akaun dengan menghubungi Pusat Panggilan TAP 2382800 semasa waktu bekerja atau melalui ‘Hubungi Kami’.


2. Umur persaraan mandatori adalah 60 tahun dan TAP hanya dimandatorikan sehingga umur 55 tahun. Bagaimana dengan lima (5) tahun selebihnya? 

Caruman TAP adalah tidak mandatori setelah ahli mencapai umur 55 tahun. Walaubagaimanapun, caruman bagi skim SCP adalah mandatori bagi majikan dan pekerja sehingga ahli mencapai umur 60 tahun.


3. Bagaimana jika saya hanya dapat membuat Caruman Sukarela pada bulan ini, tetapi tidak pada bulan depan?

Oleh kerana ia adalah secara sukarela, awda boleh mencarum secara sukarela tanpa had kepada jumlah atau kekerapan.


4. Sekiranya seseorang tidak bekerja, bolehkah dia mendaftar dan membuka akaun TAP untuk membuat caruman sukarela?

Pekerja akan mempunyai akaun TAP apabila pertama kali menyertai alam pekerjaan di sektor formal. Oleh itu, individu-individu yang tidak bekerja di bawah majikan tidak akan dapat menyertai skim TAP. Walaubagaimanapun, individu tersebut adalah digalakkan untuk menyertai skim SCP Bekerja Sendiri.


5. Bolehkah ahli membuat Pengeluaran Perumahan bagi membaiki, menambah ataupun mengubahsuai rumah?

Tidak. Pengeluaran Perumahan hanya dibenarkan bagi tiga(3)tujuan sahaja iaitu pembinaan rumah, pembelian rumah ataupun pembayaran balik baki pinjaman rumah (ke institusi Kewangan ataupun Kerajaan). Oleh itu, pengeluaran bagi tujuan lain termasuk membaiki rumah, mengubahsuai rumah atau penambahan adalah tidak dibenarkan di bawah skim pengeluaran ini.


6. Sekiranya saya sudah membuat pengeluaran pada usia 50 tahun, bolehkah saya membuat pengeluaran kali kedua pada usia 52 tahun?

Pengeluaran pada usia 50 tahun hanya boleh dibuat sekali sahaja.