GARISPANDUAN UNTUK MAJIKAN


SIAPAKAH YANG AWDA PERLU BAYAR CARUMAN?

Pekerja tempatan yang:

Berkerakyatan dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur 55 tahun ke bawah iaitu Pengarah atau pemilik syarikat yang bergaji, pekerja tetap, pekerja sambilan, pekerja kontrak, pekerja sementara dan pekerja dalam tempoh percubaan.


AKTA AMANAH PEKERJA PENGGAL 167

Seksyen 7(1)

Majikan hendaklah membayar caruman bagi setiap pekerja mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan.


Seksyen 8(1)

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membayar kedua-dua caruman skim yang dikenakan ke atas majikan untuk pekerja.


Seksyen 8(3), Seksyen 10(1) Akta Amanah Pekerja & Aturan 14 Aturan Aturan Amanah Pekerja

Jika majikan gagal membayar caruman dalam tempoh yang ditetapkan, majikan itu hendaklah bertanggungjawab untuk membayar dividen, caj pekhidmatan serta denda yang dikenakan secara automatik.


Seksyen 23

Adalah menjadi kesalahan bagi majikan jika:

  • Memberikan keterangan palsu atau mengeluarkan dokumen palsu,
  • Lewat membuat bayaran caruman bulanan,
  • Menghalang Pegawai / Kakitangan TAP dalam melaksanakan tugas.
  • Tidak mematuhi Akta Amanah Pekerja dan Aturan Aturan Amanah Pekerja, 1999
  • Tidak membuat bayaran yang tertunggak kepada TAP

 

PROSIDING UNDANG-UNDANG DI BAWAH AKTA AMANAH PEKERJA PENGGAL 167


Seksyen 26

Jika didapati bersalah, majikan akan dikenakan denda tidak lebih dari B$3,000.00 untuk kesalahan yang pertama dan tidak lebih dari B$10,000.00 untuk kesalahan kedua dan kesalahan yang seterusnya.


Seksyen 7(3)

Mana-mana majikan yang telah memotong caruman pekerja tanpa membayar ke TAP akan dikenakan denda tidak melebihi dari $10,000 atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 5 Tahun atau kedua-duanya sekali.


Seksyen 31(a)

Caruman-caruman yang dibayar di bawah Akta ini akan dapat dipulangkan sebagai hutang sivil.


CARUMAN


Kadar Caruman

Kadar caruman yang ditetapkan buat masa ini ialah 5% (dari gaji pokok pekerja) dan 5% dari majikan.

Jumlah keseluruhan caruman dari pekerja dan majikan hendaklah digenapkan pada ringgit yang teratas.


Caruman Sukarela

Setiap pekerja dan majikan boleh menambah bayaran caruman selain dari caruman mandatori yang telah ditetapkan secara sukarela. Ini adalah dinamakan bayaran caruman berlebihan (excess contribution payment).


Pembayaran Caruman

Caruman hendaklah dibayar secara bulanan dan tidak lewat dari hari ke 15 pada bulan seterusnya yang mana pembayaran perlu disertakan dengan borang TAP02.

Jika pembayaran dibuat melalui cek, pastikan butiran-butiran cek adalah betul dan ditujukan kepada 'Tabung Amanah Pekerja'.

Majikan akan dikenakan denda bagi caj-caj yang dikenakan atas sebab pembayaran yang lewat di mana caj akan dikira secara harian, bulanan dan juga tahunan dari tarikh terakhir pembayaran.